the power of Mother love..


SabdaRasulullah s.a.w:
Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
amal jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang selalu mendoakannya.
Oleh itu jangan lupa mendoakan kedua orang tuamu:

" Ya Tuhanku ampunilah dosaku dan dosa ayah serta ibuku, dan kasihilah mereka
sebagaimana kasih mereka padaku sewaktu aku masih kecil."

Surah- Al-An'am ( 63-66 )


" Dan Kami membahagikan mereka di dunia ini menjadi
beberapa golongan. Antaranya ada orang soleh dan
ada yang tidak sedemikian.
Dan Kami uji mereka dengan nikmat yang baik dan
bencana yang buruk supaya mereka kembali kepada kebanaran."

Allah s.w.t. berfirman:



"Dialah yang awal dan yang akhir, yang zahir dan yang batin.
Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Al-Hadid:03)

"(Dialah) yang Maha Tinggi darjat-Nya, yang mempunyai 'Arasy,
yang mengutus Jibril dengan (membawa) perintah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamda-Nya, supaya dia memperingatkan (manusia) tentang hari pertemuan
(hari kiamat),(iaitu) hari (ketika) mereka keluar (dari kubur).
Tidak ada sesuatu pun di antara hal ehwal mereka yang tersembunyi bagi Allah s.w.t.
(Lalu Allah s.w.t. berfirman),
'Kepunyaan siapakah seluruh kerajaan pada hari ini?'
Kepunyaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan.
Pada hari ini setiap jiwa diberi balasan di atas apa yang telah diusahakannya.
Tidak ada yang dirugikan pada hari ini.
Sesungguhnya Allah s.w.t. amat cepat hisabnya."
(Al-Mukmin:15-17)

Ibadah Qurban.









                        Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

                        Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud:

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."   (Surah al-Kauthar:2)
                         Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."

(Riwayat al-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)