Hari Raya Aidilfitri..


 Hari Raya Aidilfitri "Perayaan Fitrah" disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan ini juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa,Hari Raya Fitrah,dan Hari Raya Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh Dunia tidak mengira bangsa sama ada Melayu,India Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh Dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadah puasa dengan tekun. Ianya merupakan antara dua Perayaan yang terbesar bagi umat Islam,selain Hari Raya Qurban. 

Hari Raya Aidilfitri bermula melalui dengan dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab (kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila melihat anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke 10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pergawai yang bertugas, pada sebelah petang sehingga waktu maghrib di beberapa kawasan strategik..

No comments:

Post a Comment