Sejarah Awal..


 Maaf pic nie kurang jelas..

Standard emas muncul daripada penerimaan umum bahawa emas adalah matawang sejagat. Disebabkan ini, standard emas bukan sahaja terdapat pada zaman negara-negara moden, tetapi juga pada zaman kerajaan-kerajaan besar pada masa lalu. Salah satu contoh adalah Empayar Byzantine yang menggunakan syiling emas yang dikenali sebagai Byzant. Tetapi dengan berakhirnya Empayar Byzantine,dunia Eropah lebih cenderung untuk menggunakan perak sebagai matawang pilihan dan ini membawa kepada standard perak. Contohnya, wang perak yang memjadi syling utama di Britain sekitar zaman Raja Offa pada tahun 796 Masihi. Penemuan deposit perak yang besar di Potosi dan di Maxico oleh Sepanyol pada abad ke -16 membawa kepada standard perak antarabangsa dan bersama dengan syiling Sepanyol terkenal (real de a ocho),standard ini terus menjadi penting hingga abad ke-19. 

Hindia Barat British adalah salah satu kawasan pertama yang mengguna pakai standard emas pada zaman moden. Berikutan pengisytiharan Ratu Anne 1704, standard emas Hindia Barat British adalah standard emas de facto berdasarkan syiling emas doubloon Sepanyol..

No comments:

Post a Comment