Perkahwinan dalam Islam - (Site of Marriage in Islam)







Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain,suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah,perkahwinan dan sebagainya.


Allah s.w.t. berfirman dalam surah An-Nisaa':3, ertinya: "Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim,(bilamana kamu mengahwininya) maka  nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi,dua,tiga atau empat. Tetapi jika kamu takut tidak dapat berlaku adil*,maka (kahwinilah) seorang saja**,atau hamba sahaya yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya."  


*Berlaku adil ialah perlakuan yang adil dalam melayani seperti, perkaian,tempat,giliran dan lain-lain yang bersifat lahirian. 


**Islam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turunnya ayat ini poligami sudah ada,dan pernah pula dijalankan oleh para Nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Ayat ini membatas poligami sampai empat orang sahaja.

No comments:

Post a Comment